Get Quick Answers
May 2008
Membentuk Taman Berjiwa Bangsa

 

Perkembangan industri taman dan landskap yang semakin hari semakin berkembang telah memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat dan pembangunan sosial amnya. Kini, hampir setiap keluarga terutamanya, mengimpikan sebuah taman sendiri di halaman rumah.

Namun dalam kerancakkan kita untuk mewujudkan persekitaran taman yang cantik dan mempunyai gaya serta rupa yang diambil dari luar membuatkan kita lupa dengan keunikan dan kelebihan yang ada di negara kita sendiri. Bagi pendapat kami di Terra Garden, unsur taman yang mencerminkan seni dan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia perlu dijadikan asas. Ianya akan mempamerkan kekuatan dan perpaduan kaum serta menguatkan sesuatu tamadun dalam sesebuah negara.

Kami juga percaya, dalam usaha untuk mewujudkan satu bentuk identiti taman Malaysia, kita masih lagi tercari-cari siapa kita sebenarnya dan bagaimana untuk kita ketengahkan. Ramai dikalangan kita mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi tetapi tidak tahu bagaimana untuk kita memperjuangkan dan mempraktikan secara serius elemen seni dan budaya yang berbilang kaum dalam membentuk taman. Inilah sebenarnya satu nilai yang paling berharga perlu diterapkan dalam membentuk taman supaya kita bangga bila dikatakan inilah taman Malaysia.

Apa yang lebih penting, kita harus menerima terlebih dahulu seni dan budaya yang telah wujud berkurun lama serta bangga sebelum kita ketengahkannya. Jika tidak, kalau kita tak kenal budaya sendiri dan bangga dengannya susah untuk kita merialisasikannya. Jika sebelum ini kita bangga dengan keunikan dan kecantikkan rupa serta gaya taman seperti Bali (Insia), Inggeris dan Zen (Jepun), mengapa tidak dengan keunikan budaya kita sendiri?

 

Contoh paling ketara ialah rekabentuk produk dan gaya hidup kini. Kita sering beranggapan barang import lebih bagus berbanding produk tempatan. Walaupun kita cuba membebaskan diri daripada belenggu penjajahan barat dalam aspek lain, hakikatnya kita masih lagi mengagungkan budaya asing. Kini, ketika kebanyakkan negara lain sudah membina identiti mereka dan diterima pada peringkat antarabangsa, mengapa kita masih meniru dan menjadikan identiti mereka sebagai produk kita.

Cuba anda bayangkan, taman beridentitikan Malaysia dipenuhi salji di negara Eropah atau pelajar dan warga Malaysia yang menetap di luar negara bersama warga tempatan membincang dan bercakap mengenai taman Malaysia, sekurang-kurangnya mereka berasa ‘cool’ menjadikan contoh taman Malaysia sebagai alternatif untuk mencantikkan persekitaran.

Setelah melakukan kajian terperinci, akhirnya tercetuslah taman beridentitikan Malaysia yang diberi nama Neo Nusantara. Ia direka berdasarkan lima prinsip pancaindera – pandang, dengar, hidu, sentuh dan deria rasa. Bukan itu saja, kelima-lima prinsip pancaindera ini disatukan dengan elemen abstrak seni budaya dan kraftangan yang terdapat di Malaysia. Dengan itu maka, terhasilah satu bentuk taman yang sempurna.

Dalam konsep taman Neo Nusantara, tidak sempurna jika sesebuah taman itu tidak mempunyai interaksi dengan persekitaran semulajadi. Penggunaan pangkin, elemen air, kekisi dan lain-lain yang diguna pakai berdasarkan adaptasi rekabentuk kraf dan budaya tempatan menyerlahkan lagi nilai budaya kita sekaligus dapat mengembalikan nostalgia.

terra1(2)

Bau wangian bunga, bunyi desiran air atau titis hujan, hamparan rumput, suasana redup dan rasa buah yang segar boleh diwujudkan dalam konsep taman Malaysia. Bagi yang inginkan kelainan, boleh juga mempelbagaikan jenis tumbuhan di taman dengan menanam pokok herba. Selain berkhasiat, kebanyakkan tumbuhan jenis ini menghasilkan bau wangi yang mampu memberi kesan ke atas kesegaran dan nyaman bila kita bersantai di taman.

Sejajar dengan tema hari landskap negara pada tahun ini iaitu ‘Komuniti Penggerak Negara Taman’ sememangnya cukup ideal bagi kita untuk bersama-sama menjayakan negara kita sebagai sebuah negara dalam taman menjelang tahun 2020. Peranan aktif pihak kerajaan yang dimainkan untuk merialisasikan sebuah negara yang indah persekitrannya perlu dipikul bersama.

Kepelbagaian spesis pokok dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di negara kita juga merupakan satu kelebihan. Kita perlu bijak menggunakannya sebaik mungkin supaya spesis natif tidak diketepikan. Inilah diantara usaha yang juga perlu kita berikan perhatian. Jika tumbuhan herba kita sekarang ini sudah mendapat tempat dalam pasaran dunia mengapa tidak tumbuhan hiasan dan diwujudkan taman beridentitikan Malaysia diperingkat dunia?

Menerusi kajian, kaedah, rupa serta falsafah rekabentuk yang menerapkan unsur seni, budaya dan kraftangan berbilang kaum, konsep Neo Nusantara relevan sebagai satu alternatif konsep taman beridentitikan Malaysia. Ini terbukti apabila konsep taman Neo Nusantara telah menerima beberapa anugerah di luar negara melalui pameran dan pertandingan yang telah disertai.

 

 

  Top^
About us What is Neo Nusantara Business Opportunities Contact
Careers We’re in the news! Contact Us Email: info@terragarden.com.my
        Phone: 603-7880 8018
             
Copyright © 2010 Neo Nusantara. All rights reserved.